WordPress, plugin dan tema
Semak versi WordPress, plugin dan tema untuk kelemahan yang diketahui. Liputan bergantung pada data Wordfence yang tersedia.
PANTAU KESELAMATAN LAMAN WEB DAN SERVER
Perisian yang tidak dikemas kini boleh membuka ruang serangan. PantauCVE bantu anda kesan kelemahan yang diketahui, dahulukan risiko tinggi dan susun kerja pembaikan dalam satu tempat.
Untuk pasukan IT, agensi kerajaan dan perniagaan di Malaysia.
ANTARA TEKNOLOGI YANG BOLEH DIPANTAU
TAHU DI MANA NAK BERMULA
Tak perlu semak satu demi satu. Lihat perisian yang digunakan, kelemahan yang mungkin berkaitan dan kerja pembaikan pasukan dalam satu tempat.
Kumpulkan senarai server, laman web dan versi perisian mengikut pelanggan atau organisasi.
Lihat risiko yang perlu diberi perhatian dahulu. Padanan versi perisian masih perlu disemak sebelum kelemahan disahkan.
Tetapkan orang yang bertanggungjawab dan tarikh sasaran. Semak semula selepas perisian dikemas kini.
LIHAT MASALAH DAN TINDAKAN PASUKAN
Lihat senarai aset, semak kelemahan dan pantau kerja pasukan tanpa mengumpulkan banyak laporan berasingan.
PANTAUCVE / 01
Lihat versi perisian pada server dan laman web anda. Cari perisian lama atau yang sudah tamat sokongan.
PANTAUCVE / 02
Bandingkan risiko mengikut tahap kelemahan, kepentingan sistem dan maklumat ancaman yang tersedia.
PANTAUCVE / 03
Kumpulkan kerja mengikut perisian. Tetapkan pemilik tugas, tarikh sasaran dan rujukan tiket supaya tindakan lebih mudah diikuti.
RUANG KERJA PASUKAN ANDA
Inilah rupa log masuk PantauCVE. Akses pengguna mengikut peranan membantu pasukan melihat dan mengurus maklumat yang diperlukan.
UNTUK LAMAN WEB DAN SERVER ANDA
Pantau satu laman web atau banyak sistem pelanggan. Kaedah semakan bergantung pada akses dan perisian yang digunakan.
Semak versi WordPress, plugin dan tema untuk kelemahan yang diketahui. Liputan bergantung pada data Wordfence yang tersedia.
Semak versi Joomla dan kelemahan yang berkaitan. Pemantauan kelemahan untuk extension Joomla belum disokong.
Kumpulkan senarai perisian pada server Plesk. PantauCVE tidak menyimpan kata laluan panel hosting anda.
Pantau versi PHP dan perisian pada server cPanel. Liputan bergantung pada akses akaun dan folder yang dibenarkan.
Agen baca sahaja · Senarai aset manual · Muat naik laporan untuk rangkaian terhad
SESUAI UNTUK PASUKAN ANDA
Kenal pasti perisian yang perlu diberi perhatian tanpa membaca setiap laporan teknikal.
Laman syarikat · kedai dalam talianLihat status portal dan kerja vendor, dengan orang yang bertanggungjawab serta laporan mengikut organisasi.
Portal · subportal · sistem dalamanUrus banyak pelanggan, cari perisian yang sama dan susun pembaikan mengikut keutamaan.
Pelanggan · server · laman webPILIH MENGIKUT KEPERLUAN
Mulakan dengan pakej yang sesuai untuk pasukan anda. SME dan Business tersedia secara bulanan; Agensi menerima cadangan mengikut keperluan.
Untuk laman perniagaan dan pasukan kecil.
RM79.20/bulan
Bulan pertama. Seterusnya RM99/bulan
Bayaran selamat melalui CHIP
Mohon demo dahuluUNTUK PENGURUSAN BANYAK ASET
Untuk vendor web dan penyedia hosting.
RM239.20/bulan
Bulan pertama. Seterusnya RM299/bulan
Bayaran selamat melalui CHIP
Mohon demo dahuluUntuk banyak portal dan pasukan IT.
Bincang dengan kami
Cadangan mengikut keperluan organisasi
Harga dalam Ringgit Malaysia. Diskaun, jika dipaparkan, untuk bulan pertama sahaja. Pembaharuan diuruskan secara berasingan; tiada caj kad automatik. Hubungi kami untuk pengaktifan dan skop pemantauan.
SOALAN LAZIM
CVE ialah nombor rujukan untuk kelemahan keselamatan yang sudah diketahui. PantauCVE menyemak versi perisian anda dengan maklumat kelemahan yang berkaitan, kemudian membantu pasukan menyusun tindakan.
Tidak semestinya. Pasukan masih perlu menyemak versi, tetapan dan kemas kini keselamatan daripada pembekal. Padanan versi tidak membuktikan sistem telah digodam. PantauCVE membezakan padanan awal daripada kelemahan yang telah disahkan.
PantauCVE tidak menyimpan kata laluan panel hosting anda. Agen baca sahaja mengumpulkan senarai perisian yang dibenarkan. Senarai manual dan muat naik laporan juga tersedia jika agen tidak boleh dipasang.
Laporan boleh dijana pada server dan dimuat naik secara manual. Keperluan rangkaian, sambungan keluar dan pemasangan akan dibincangkan bersama pasukan IT semasa menentukan skop.
Tidak. Pasukan anda meluluskan dan membuat perubahan. PantauCVE membantu menyusun kerja, menjejak status dan menyemak penemuan semula selepas kemas kini.
Tidak. Pemantauan CVE membantu kerja keselamatan harian. Audit dan ujian keselamatan mendalam masih diperlukan mengikut keperluan organisasi.
BINCANGKAN KEPERLUAN ANDA
Beritahu kami jenis sistem dan jumlah aset yang anda urus. Kita boleh mulakan dengan demo yang sesuai untuk pasukan anda.
salam@synchronet.com.myAtau e-mel terus
Permintaan demo menyediakan draf e-mel dalam pelayar anda. Untuk bayaran pakej, nama, organisasi dan e-mel dikongsi dengan PantauCVE dan CHIP bagi mengurus pesanan serta pengaktifan. Maklumat kad dikendalikan oleh CHIP; PantauCVE tidak menyimpan nombor kad. Cloudflare Turnstile menyemak permintaan automatik dan boleh memproses maklumat sambungan pelawat. Jangan masukkan kata laluan atau token keselamatan.
WordPress, Joomla, Plesk dan cPanel: logo daripada sumber rasmi pemilik jenama. PHP logo © Colin Viebrock, CC BY-SA 4.0, digunakan tanpa perubahan. Sumber PHP.
PANTAUCVE / CHIP
Sila tunggu pengesahan bayaran.
salam@synchronet.com.myKembali ke PantauCVE